Bagi calon yang bakal menjejakkan kaki di menara gading, mereka perlu matang memilih panduan program dan kerjaya. Bidang ini meskipun diakui sukar kerana membabitkan pelbagai pengetahuan teknikal, masa depannya menjanjikan pendapatan lumayan.
Mahasiswa perlu ada keupayaan mencabar diri sendiri dan sedar bahawa penentuan arah masa depan bukan hanya bergantung kepada permintaan keluarga atau terikut-ikut rakan tapi informasi khusus mengenai prospek kerjaya selepas tamat pengajian.Informasi ini boleh membantu calon memperoleh gambaran pengkhususan serta prospek yang ditawarkan selepas tamat pengajian.Malangnya,ramai hanya mahu masuk universiti tapi salah memilih kursus hingga menjejaskan masa depan.Bukanlah bidang lain tidak bagus tapi harus pandai melihat dan merancang.
Sikap sebahagian besar pelajar hari ini hanya mahu yang mudah,tidak mahu menempuh sedikit kesukaran atau cabaran bukan sahaja merugikan tapi boleh menggangu proses perkembangan jati diri.Sebagai generasi masa depan,pengukuhan dan pemantapan jati diri diperlukan.Jika enggan bersusah payah dulu,tentu sukar menghadapi pelbagai kerenah dan situasi pada masa depan.
Jika mempunyai kelayakan memilih kursus di menara gading, pilih yang paling sukar tapi mempunyai permintaan tinggi serta mudah memasarkan diri.Pilih juga kursus bersifat global kerana prospek bertaraf antarabangsa.Walaupun sukar,tetapi jika berusaha keras sepanjang tempoh pengajian antara empat hingga enam tahun itu,balasannya berbaloi dengan kesukaran belajar.
Tahukah anda kejuruteraan dalam bidang aeronautik mampu memberi pulangan lumayan?Malangnya,tanggapan kesukaran mengikuti apa jua bidang membabaitkan kejuruteraan menyebabkan ramai tidak mahu mengikutinya.Industri aeronauttik diakui memerlukan modal yang tinggi,namun ia berkembang pesat di seluruh dunnia selain menjadi bidang kerjaya baru.Mereka yang mempunyai kemahiran,kelayakan dan kelulusan dalam bidang ini sudah tentu dengan mudah menempatkan diri di kalangan majikan.Meskipun masih baru dan kurang dikenali,bidang ini mendapat perhatian dan Malaysia mendokong hasrat untuk muncul peneraju utama dalam bidang pengeluaran komponen pesawat,penyelenggaraan pesawat,avionik serta pembangunan modal insan menjelang 2015.
Peluang pekerjaan pasti terbuka cerah kerana pertumbuhan syarikat penerbangan swasta agresif sekaligus memberi lembaran baru kepada graduan membina masa depan.Ia juga dapat meningkatkan permintaan tenaga mahir secara mendadak.Dalam tempoh 10 tahun,industri penerbangan di Asia Pasifik memerlukan 250,000 jurutera dan juruteknik penyelenggaraan pesawat terbang.Justeru,persiapan modal insan terancang seperti aspek pengurusan penerbangan,operator dan penyelenggara pesawat terbang diperlukan bagi memenuhi permintaan berkenaan.Cuba bayangkan bagaiman potensi bidang ini pada masa depan.33
Thursday, January 6, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment