Friday, January 7, 2011

Bersedia Melangkah Ke Alam Kerjaya

0 comments
Apabila peperiksaan akhir di institusi pengajian tinggi sama ada awam atau swasta tamat,perkara pertama yang bermain di fikiran graduan adalah mencari pekerjaan.Sebelum melangkah ke alam pekerjaan beberapa perkara perlu diambil perhatian bermula dengan surat permohonan sehinggalah ke hari temuduga.

Antara perkara penting yang perlu diberi perhatian adalah dokumen.Ini kerana selepas bertahun-tahun bertungkus lumus mengikuti pengajian untuk mendapatkan kelayakan dalam bidang tertentu,inilah masanya untuk anda menggunakannya.Pastikan dokumen seperti sijil,transkip peperiksaan,kelayakan dan testimonial disediakan dengan lengkap dan teratur.Untuk lebih mudah,sijil berkenaan boleh diletakkan di dalam fail yang mudah dilihat oleh penemuduga.

Sediakan salinan sijil berkenaan sebagai persediaan sekiranya pihak majikan mahukan salinan sijil.Untuk melangkah ke tempat temuduga,penampilan juga penting dan pastikan anda memakai pakaian formal.Bagi kaum lelaki,kod etika berpakaian memerlukan anda memakai kemeja lengan panjang berwarna lembut bersama tali leher berwarna gelap,sseluar gelap,stokin gelap dan kasut juga berwarna gelap.

Wanita pula perlu memakai baju berwarna putih dengan kot gelap dengan skirt atau seluar berwarna gelap dan kasut gelap.Penampilan sangat penting kerana ia memberi pandangan buat majikan dalam menilai kemampuan dan kebolehan anda sama ada anda layak atau sebaliknya dalam menjawat jawatan yang ditawarkan.Selain itu pastikan anda mudah dihubungi dan ketika ini telefon bimbit adalah satu keperluan,selain itu anda juga boleh menyertakan alamat emel, alamat rumah dan nombor telefon rumah.

Penggunaan alamat emel sangat relevan bagi mereka yang memohon pekerjaan dalam industri Teknologi Maklumat(IT) ini kerana untuk mendapatkan emel akaun sangat mudah kerana ia adalah percuma.Oleh itu bersedialah untuk dihubungi dan pastikan anda sentiasa menyemak emel kerana terdapat panggilan temuduga yang memanggil calon menerusi emel sahaja.

Apabila tiba hari temuduga,pastikan anda benar-benar bersedia dan fikiran anda benar0benar bersedia dan fikiran anda perlu fokus kepada objektif.Anda juga perlu menjaga tingkah laku dan keperibadian dan mengingatkan diri sendiri bahawa anda kini dalam sesi temuduga.

Ketika temuduga pastika anda berada dalam keadaan sopan,merendah diri,berkeyakinan,menunjukkan minat mendalam ke atas jawatan yang dipohon,mengetahui selok belok mengenai industri pekerjaan yang anda pohon dan sentiasalah memandang ke arah masa depan yang cerah.Akhir sekali,pastikan anda mempunyai kenderaan untuk ke tempat kerja anda kecuali anda tinggal berdekatan dengan syarikat terbabit.

Jika menggunakan kenderaan awam,pastikan lokasi pengambilan dan penghantarannya bagi memastikan anda tiba tepat pada waktunya ke tempat kerja anda.

Sumber : Berita Harian

0 comments:

Post a Comment